cikguhelewati

cikguhelewati

Jumaat, 7 Mac 2014

Catatan Untuk Laporan Penyelidikan

Perkara-perkara yang perlu disediakan ketika melapor kajian penyelidikan

Tajuk Kajian
Nama Penulis
Abstrak :
Abstrak merupakan ringkasan bagi keseluruhan kajian. Dalam aabstrak semua maklumat kajian dilaporkan secara ringkas dan teratur. Hanya maklumat yang penting dilaporkan. Abstrak ditaip dalam font italik, bilangan perkataan abstrak ialah antara 100 hingga 250 patah perkataan.
Perkara yang selalunya ditulis :
Tujuan kajian
Instrument yang digunakan
Dapatan kajian yang menjawab objektif atau tidak

1    Latar Belakang Kajian/Pengenalan
Menyatakan latar belakang kajian secara umum dan mendefinasikan variabel-variabel kajian.
Rujukan kajian lepas berdasarkan masalah kajian
Masalah kajian
Kepentingan kajian

2    Objektif Kajian
Objektif kajian untuk mengenal pasti (berdasarkan tajuk yang dikaji)

3     Reka Bentuk Kajian
a.    Reka bentuk kajian :
  1. Reka bentuk Eksperimental Benar
  2. Reka bentuk Kuasi-Eksperimental
  3. Reka bentuk Bukan Eksperimental 
Kajian anda biasanya terdiri daripada kaedah penyelidikan bukan eksperimental iaitu kajian tinjauan.
Kajian tinjauan digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains sosial. 
Kajian tinjauan popular kerana ciri-cirinya :
  1. Penggunaan yang menyeluruh
  2. Cara pengendalian yang digemari
  3. Cara memungut data yang cepat
  4. Penggunaan saiz sampel yang besar
  5. Maklumat yang terus
  6. Keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan
Proses kajian tinjauan
  1. Menyatakan tujuan kajian
  2. Mengenal pasti sumber yang diperlukan
  3. Mengenal pasti populasi/sampel kajian
  4. Menentukan saiz sampel
  5. Menentukan kaedah kajian tinjauan
  6. Menyediakan instrumen kajian
  7. Menganalisa data kajian
  8. Mengeneralisasi hasil kajian
b.  Subjek kajian

c.  Instrumen kajian
Penerangan fungsi  setiap instrumen yang digunakan 
Instrumen yang sering digunakan seperti soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

d.  Prosedur kajian
Cara instrumen dikendalikan dan cara data dipungut

e.  Analisa data
Cara data dianalisa

4.           Dapatan Kajian
 Melapor dapatan kajian.
Dapatan kajian dilaporkan mengikut variabel yang dikaji dalam urutan mengikut objektif kajian
Melaporkan dapatan kajian menggunakan data kualitatif
Data dilaporkan dalam bentuk penerangan dan jadual serta graf atau carta pai.

5.         Kesimpulan Kajian
Kesimpulan daripada dapatan kajian


Rujukan  
Menyenaraikan nama penulis dan bahan-bahan rujukan mengikut abjad

Lampiran 
Data-data dalam bentuk jadual, gambar, instrumen kajian contoh borang soal selidik,


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan