cikguhelewati

cikguhelewati

Ahad, 9 Mac 2014

Cara untuk menulis perenggan karangan

Soalan :    Dalam negara yang sedang berkembang pesat dalam bidang ekonomi.  Malaysia tidak terlepas daripada menggunakan perdagangan tanpa sempadan dalam sistem perdagangannya dengan negara-negara lain di seluruh dunia.  Firma dan pengusaha tempatan harus bersedia menghadapi pasaran globalisasi yang kompetetif.  Jelaskan.

            Dalam  era  globalisasi,   Malaysia  tidak  terlepas daripada menggunakan
perdagangan tanpa sempadan dalam menguruskan sistem perdagangannya.   Pihak pengusaha dan firma tempatan perlu bersedia untuk menghadapi pasaran terbuka seperti yang telah berlaku pada masa kini.

            Pengusaha tempatan perlu membuat persediaan untuk melaksanakan pengurusan dan pemasaran yang sistematik.  Persediaan pengurusan termasuk dari segi pengurusan sumber manusia atau pun sumber modal.  Pihak pengurusan perlu terlatih dan mampu berdaya tahan untuk menghadapi cabaran globalisasi.  Di samping itu pihak pengusaha turut mengutamakan penggunaan teknologi yang canggih dalam menguruskan pasaran barangan.  Pengusaha tempatan boleh menggunakan peralatan telekomunikasi dan intenet dapat meningkatkan pemasaran barangan, penggunaan E-dagang yang menggunakan lawan web dapat meningkatkan pasaran ke peringkat antarabangsa.

            Selain itu, pengusaha tempatan perlu meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan untuk persediaan menghadapi pasaran peringkat global.   Pengusaha perlu peka dengan perubahan dan penggunaan teknologi terkini.  Penggunaan teknologi terkini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sessuatu barangan.  Hal ini dapat digunakan untuk mengeluarkan barangan tempatan yang mempunyai mutu setanding dengan barangan yang diimpot.  Oleh itu, barangan keluaran Malaysia dapat bersaing dengan barangan keluaran  dari luar negara, barangan yang berkualiti mampu menembusi pasaran luar negara.

Di samping itu, pengusaha tempatan perlu mengorak langkah untuk meneroka peluang pelaburan di luar negara.  Para usahawan perlu berani melabur di negara luar terutama negara-negara membangun.



5 ulasan: