cikguhelewati

cikguhelewati

Ahad, 9 Mac 2014

Kata kunci mengenali soalan alih bentuk teks linear kepada teks bukan linear



MENGALIH BENTUK TEKS LINEAR KEPADA BENTUK-BENTUK TEKS BUKAN LINEAR
Jenis Media
Ciri Media
Kata Kunci Soalan
Bar  Kompaun
Satu bar satu sektor
Tunjuk nilai, bilangan, kuantiti
Bar Komponen
Satu bar banyak kongsi sektor
Tunjuk jumlah, kumulatif keseluruhan, nilai, peratus
Bar Memesong
Peratus positif dan negatif
Tunjuk kadar, peratus, perubahan dan perbandingan.
Bar Piramid
Perbandingan dua perkara/aspek
 Mengikut jantina, umur
Mengikut kawasan bandar atau luar bandar
Mengikut dua perkara
Garis Kompaun
Berlaku kes garis bersilang
Tunjuk pola/arah aliran nilai
Tunjuk pola/arah kuantiti atau bilangan
Garis Komponen
Seperti keratan rentas lapisan tanah
Tunjuk pola/arah aliran jumlah
Tunjuk pola/arah aliran jumlah keseluruhan
Garis Memesong
Peratus positif dan negatif
Tunjuk pola/arah aliran kadar
Tunjuk pola/arah aliran peratus perubahan
Graf Gabungan
Dua mesej berkaitan dan digabungkan dalam satu media(gabungan graf bar dan graf garis)
Tunjuk dua mesej yang berbeza unit
Tunujk ..... serta..... pengeluaran ekspot dan impot
Pai Berbanding
Melibatkan sektor yang sama tetapi jumlah besar adalah berbeza
Tunjuk perbandingan antara tahun
Tunjuk perbandingan antara sektor
Pai Bertingkat
Melibatkan jumlah besar yang sama tetapi sektor adalah berbeza
Tunjuk dua mesej yang berkaitan

Jadual
. sebanyak..... perlu +/-  nilai sebelum/selepas
.......kepada ....kekal

Cara untuk menulis perenggan karangan

Soalan :    Dalam negara yang sedang berkembang pesat dalam bidang ekonomi.  Malaysia tidak terlepas daripada menggunakan perdagangan tanpa sempadan dalam sistem perdagangannya dengan negara-negara lain di seluruh dunia.  Firma dan pengusaha tempatan harus bersedia menghadapi pasaran globalisasi yang kompetetif.  Jelaskan.

            Dalam  era  globalisasi,   Malaysia  tidak  terlepas daripada menggunakan
perdagangan tanpa sempadan dalam menguruskan sistem perdagangannya.   Pihak pengusaha dan firma tempatan perlu bersedia untuk menghadapi pasaran terbuka seperti yang telah berlaku pada masa kini.

            Pengusaha tempatan perlu membuat persediaan untuk melaksanakan pengurusan dan pemasaran yang sistematik.  Persediaan pengurusan termasuk dari segi pengurusan sumber manusia atau pun sumber modal.  Pihak pengurusan perlu terlatih dan mampu berdaya tahan untuk menghadapi cabaran globalisasi.  Di samping itu pihak pengusaha turut mengutamakan penggunaan teknologi yang canggih dalam menguruskan pasaran barangan.  Pengusaha tempatan boleh menggunakan peralatan telekomunikasi dan intenet dapat meningkatkan pemasaran barangan, penggunaan E-dagang yang menggunakan lawan web dapat meningkatkan pasaran ke peringkat antarabangsa.

            Selain itu, pengusaha tempatan perlu meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan untuk persediaan menghadapi pasaran peringkat global.   Pengusaha perlu peka dengan perubahan dan penggunaan teknologi terkini.  Penggunaan teknologi terkini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sessuatu barangan.  Hal ini dapat digunakan untuk mengeluarkan barangan tempatan yang mempunyai mutu setanding dengan barangan yang diimpot.  Oleh itu, barangan keluaran Malaysia dapat bersaing dengan barangan keluaran  dari luar negara, barangan yang berkualiti mampu menembusi pasaran luar negara.

Di samping itu, pengusaha tempatan perlu mengorak langkah untuk meneroka peluang pelaburan di luar negara.  Para usahawan perlu berani melabur di negara luar terutama negara-negara membangun.



Jumaat, 7 Mac 2014

Catatan Untuk Laporan Penyelidikan

Perkara-perkara yang perlu disediakan ketika melapor kajian penyelidikan

Tajuk Kajian
Nama Penulis
Abstrak :
Abstrak merupakan ringkasan bagi keseluruhan kajian. Dalam aabstrak semua maklumat kajian dilaporkan secara ringkas dan teratur. Hanya maklumat yang penting dilaporkan. Abstrak ditaip dalam font italik, bilangan perkataan abstrak ialah antara 100 hingga 250 patah perkataan.
Perkara yang selalunya ditulis :
Tujuan kajian
Instrument yang digunakan
Dapatan kajian yang menjawab objektif atau tidak

1    Latar Belakang Kajian/Pengenalan
Menyatakan latar belakang kajian secara umum dan mendefinasikan variabel-variabel kajian.
Rujukan kajian lepas berdasarkan masalah kajian
Masalah kajian
Kepentingan kajian

2    Objektif Kajian
Objektif kajian untuk mengenal pasti (berdasarkan tajuk yang dikaji)

3     Reka Bentuk Kajian
a.    Reka bentuk kajian :
  1. Reka bentuk Eksperimental Benar
  2. Reka bentuk Kuasi-Eksperimental
  3. Reka bentuk Bukan Eksperimental 
Kajian anda biasanya terdiri daripada kaedah penyelidikan bukan eksperimental iaitu kajian tinjauan.
Kajian tinjauan digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains sosial. 
Kajian tinjauan popular kerana ciri-cirinya :
  1. Penggunaan yang menyeluruh
  2. Cara pengendalian yang digemari
  3. Cara memungut data yang cepat
  4. Penggunaan saiz sampel yang besar
  5. Maklumat yang terus
  6. Keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan
Proses kajian tinjauan
  1. Menyatakan tujuan kajian
  2. Mengenal pasti sumber yang diperlukan
  3. Mengenal pasti populasi/sampel kajian
  4. Menentukan saiz sampel
  5. Menentukan kaedah kajian tinjauan
  6. Menyediakan instrumen kajian
  7. Menganalisa data kajian
  8. Mengeneralisasi hasil kajian
b.  Subjek kajian

c.  Instrumen kajian
Penerangan fungsi  setiap instrumen yang digunakan 
Instrumen yang sering digunakan seperti soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

d.  Prosedur kajian
Cara instrumen dikendalikan dan cara data dipungut

e.  Analisa data
Cara data dianalisa

4.           Dapatan Kajian
 Melapor dapatan kajian.
Dapatan kajian dilaporkan mengikut variabel yang dikaji dalam urutan mengikut objektif kajian
Melaporkan dapatan kajian menggunakan data kualitatif
Data dilaporkan dalam bentuk penerangan dan jadual serta graf atau carta pai.

5.         Kesimpulan Kajian
Kesimpulan daripada dapatan kajian


Rujukan  
Menyenaraikan nama penulis dan bahan-bahan rujukan mengikut abjad

Lampiran 
Data-data dalam bentuk jadual, gambar, instrumen kajian contoh borang soal selidik,